Monday, August 11, 2008

Persembahan Amal Tahun 2006-2007

Program Meraikan Bakal Haji di Masjid Muadzam Shah
Membuat persembahan di hadapan Ahli Parlimen Rompin

Persembahan amal anjuran JAKSA Pejabat Kerajaan Negeri Pahang

Menghiburkan penghuni PPRT Kampung Nelayan di Kuala Rompin

Gelap gelamat suasana sekeliling...nyanyi je laa...
Sekeliling tu penuh orang tapi ye la konsert waktu malam mana nak nampak

Sunday, August 10, 2008

KUMPULAN AL-FURSAN 2006

Siapa buat silap tu haaa..!
Masa ni le sijil tu hilang..apasal la korang tak jaga elok-elok!

Fuyyyoooo awek ni....eh cikgu datang! Waa...sedap kita nyanyi cikgu!

Sengih-sengih..dapat naib johan pun sengih..pasal kalah 0.05 mata sahaja..huuu!

Eee..comelnya solo Fursan...dululah..!! Ha ha ha..

Eh..awek mana kita rakam tadi....cikgu tak perasan kut..?

Jamming dalam bilik penginapan jeee!

Naib Johan Festival Nasyid Pahang 2006

Melaram dekat Bera sebelum bertanding

Nyanyi bagus, melantak pun bagus juga..

Memang kuat makan grup 2006 ni...

Kumpulan Al-Fursan tahun 2006

Wednesday, August 6, 2008

INDOKTRINASI FURSAN...!

(Dari kiri: Aku, Hazil, Khairuddin, Ridhwan, Arabi dan Kamil...antara yang terawal tahun 2000)
(Al Fursan di Festival Nasyid Negeri Pahang 2002 di Jabatan Agama Islam Pahang)

(Generasi Ketiga Al-Fursan 1999-2000)

Banyak juga perkhabaran yang kudengar mengenai mantan-mantan ahli nasyid Fursan dan Fursanis (perempuan) ni selepas mereka meninggalkan bangku sekolah. Ada yang aktif di dalam aktiviti kebudayaan di universiti sampai ke Japan, Indonesia dan negara-negara luar, ada yang menjadi jurulatih nasyid di UNITEN Muadzam Shah, ada yang menubuhkan pasukan nasyid sendiri dan pernah buat persembahan di Istana Pahang malah membuat album sendiri. Ada juga yang kudengar senyap sunyi sudah dalam bidang ini dan mencebur diri dalam dunia akademik semata-mata. Ada juga yang kini menjadi pekerja sambilan di KFC sementara menunggu semester habis...bagus sungguh anak-anak buahku..tak buang masa..!

Tak kisahlah..bagiku yang penting mereka menjadi manusia berguna dan dapat menggunakan sedikit skill-skill menghadapi kehidupan, pertandingan dan cabaran semasa mereka menjadi ahli Fursan dahulu. Fursan hanya satu wadah untukku dan guru-guru lain menerapkan ajaran-ajaran, nilai-nilai, akhlak, keperibadian serta kekuatan dalaman/rohani kepada generasi-generasi anak Melayu di SMK Agama Pahang ini. Kita didik mereka kalau nak menang kena usaha, kalau nak menang kena ada strategi, kalau nak menang kena ada pengorbanan, kena ada hormat kepada guru, kena ada koordinasi dalam tindakan, kena ada persediaan..dan macam-macam lagi..kalau semua tu dapat diterapkan dalam kehidupan sebagai pelajar..yalah...sebab tu aku kata Fursan ni hanya satu wadah indoktrinasi bagi aku...
Kalau orang tak faham cara aku bekerja, memang susah. Setakat ni..aku dan Razali memang sekepala bab indoktrinasi ni...kami bukan sekadar nak menang pertandingan..ada sesuatu yang lebih besar lagi dalam pertandingan..kita kena look beyond...baru kita matang dan bermotivasi untuk melatih..kalau tidak bila kalah sahaja putus asa..itu tak betul tu..!

Tuesday, July 29, 2008

Al-Fursan - Ogos 2008 - Latest News


(Kenyang perut suka hati - selepas makan di Dataran Kerayong Bera)


(Tengah menahan kesedihan sebab dapat Naib Johan Negeri Pahang 2008..maintain-maintain semua....! )

Assallammualaikum cikgu ucapkan kepada semua pengunjung terutama anak-anak murid cikgu bekas ahli Al-Fursan. Pada tahun ini kita telah menyertai Festival Nasyid Sekolah-sekolah Negeri Pahang yang telah diadakan di BTPTN Pahang dan hanya mendapat tempat ketiga, kedua Pekan dan pertama SMK Bukit Rangin, Kuantan. Dan seterusnya baru-baru ini, kita berpeluang bersaing semula dengan daerah lain dalam Karnival Nasyid PPDA Negeri Pahang dan berjaya memperbaiki kedudukan dengan mendapat tempat Naib Johan di belakang SMK Bukit Rangin, Kuantan...dengar cerita perbezaan hanya satu mata. Saudara Hamdan solo utama kita terpilih sebagai Penyanyi Solo Nasyid Terbaik Sekolah Menengah dalam pertandingan festival tahun ini. Ini menunjukkan bahawa mutu suara dan harmoni kita sebenarnya berada dalam kelas tersendiri.
Yang penting semuanya telah berusaha dan kita telah berserah kepada Allah S.W.T. agar memberikan keputusan yang terbaik..redhalah kita. Dalam perjuangan ada kalah menang, dan bila kita menang kita jangan terlalu suka dan bila kita kalah kita jangan terlalu kecewa.


(Ahli muzik yang gigih mengetuk perkusi dan tamborine...macam takut jeee)


(Muka-muka kepenatan.....dan bengang...he he he)


(Kehebatan solo dan vokal harmoni Al-Fursan menarik perhatian pengunjung)

Sudah sampai masanya bernostalgia...!

Setelah 12 tahun Al-Fursan melayari dunia seni dalam menyebarkan dakwah kesenian Islam di Negeri Pahang, baru kini tergerak rasa hati menerbitkan sebuah blog khas bagi menghargai pengorbanan, kesetiaan dan keakraban ahli-ahli yang saban tahun silih berganti.
Di sini cikgu ingin paparkan semula sejarah penubuhan kelab nasyid ini dari blog cikgu: http://cilibo.blogspot.com/:
(Gambar sebelah: Perintis Al-Fursan 1998)

Al-Fursan... Sesungguhnya kumpulan nasyid ini memang sentiasa dalam hatiku. Teringat kali pertama aku menyertainya sebagai jurulatih setahun selepas ianya ditubuhkan oleh Ustaz Ikbal. Waktu itu aku masih ingat aku hanya guru baru posting yang tercari-cari aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada mengajar dan menjadi warden di sekolah. Pada satu malam aku ke dewan atas jemputan Ustaz Ikbal untuk menyaksikan persediaan pasukan nasyid Al-Fursan untuk persembahan majlis keesokannya. Waktu itu kami roommate dan sama-sama menjadi warden di asrama lelaki. Aku melihat pasukannya begitu berbakat walaupun tanpa peralatan dan aku menjadi sangat tertarik melihat persembahan mereka walaupun kalau nak imagine kualiti dulu dengan sekarang ibarat langit dengan bumi.


(Sesi Latihan Fursan sentiasa dibuat dalam surau, atau atas tangga dalam surau..inilah studio kami sepanjang masa...sejak 12 tahun yang lepas...)

Aku masih ingat Khairi Azim dok mengetuk meja..dengan meja sahaja dia boleh buat lagu..fuh.. such a talent..fikirku! Mulai hari itu aku menerima pelawaan ustaz untuk bersamanya memimpin pasukan mentah al-Fursan. Aku mengubah suai beberapa lirik lagu arab yang ustaz cari untuk dilagukan oleh pasukan. Kami sering berbincang dan berharap tinggi untuk pasukan nasyid. Macam-macam idea kami...dan latihan dipergiatkan selepas itu. Aku meneroka aspek vokal pelajar-pelajar ini satu persatu dan cuba membuat perubahan dengan bantuan Ikbal. Mula-mula sukar juga untuk menyakinkan mereka dengan corak perubahan latihan yang aku cuba tampilkan.


(Generasi Terawal Al-Fursan: 1997-2000): Naslim berbaju hitam...telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Yang amat memilukan hati apabila ayahnya datang bertemuku setelah kematiannya dan menyerahkan sejumlah wang untuk kumpulan Al-Fursan kerana katanya anaknya sangat menyayangi pasukan nasyid ini...


Mereka tak tahu..sejarah aku dulu sebelum jadi cikgu ni... Sebenarnya masa kat U dulu..aku ada juga bad times..involving dengan band kolej...so adalah sikit-sikit pengalaman jadi vokalis..cuma lama-kelamaan aku tawar hati dengan keadaan dan involve dengan budak tabligh dan arqam..(aku tak masuk) cuma ikut sahaja aktiviti-aktiviti keagamaan dan lastly aku join kumpulan nasyid di Kolej Enam..aku adalah belajar asas nasyid dengan Ustaz Fakharuddin senior aku dulu..dialah yang ajar bagaimana asas pernafasan dan mengeluarkan suara..lagu pertama ketika itu ialah Islam Yang Sudah Berkembang. Dan waktu itu aku amat meminati nasyid-nasyid keluaran OVA production yang mana ketika itu Asri Rabbani masih dalam Arqam.


(Bersama Syollahuddin -vokal utama 2004-2005 dan Ashraf - 2nd lead vocal di Hotel Brisbane KL untuk Pertandingan Nasyid Karnival Anti Dadah Kebangsaan 2004)



(Sesi latihan akhir sebelum membuat kemunculan ketiga di peringkat kebangsaan...)

Waktu itu kemunculan banyak lagu lagu rock menjadi siulan semasa. Termasuklah aku turut terpengaruh. Pertandingan pertama yang Fursan sertai ialah pada 1999..dan kami tewas pada peringkat zon...waktu itu bawa lagu Saujana...dengan rentak fast march..terkejut semua hadirin dengan pembaharuan..vokal pada waktu itu Kamil dan Khairuddin paling top. Alat muzik pertama yang kami ada selain meja, cuma tamborine berkompang, clasternet dan kompang buruk. Itulah dia..namun dengan kegigihan bebudak Fursan ni...kami bertekad mengadakan banyak latihan..pada waktu itu pula..aku baru dilantik menjadi Ketua Warden..so aku ada empowerment di asrama..mulalah aku promote nasyid sebagai seni alternatif bersama-sama Ikbal.


(Pertandingan peringkat negeri pertama diserta dan menjadi Johan Negeri ialah pada tahun 2000: Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Negeri Pahang. Ahli-ahli generasi kedua Al-Fursan)


Bercakap tentang guru-guru yang menolong aku nak ucap ribuan terima kasih pada Cikgu Hanafiah, Azmi, Cikgu Shahrin, Cikgu Yazid, Cikgu Shukri, Cikgu Razali Bidin (pakar lirik), Ustazah Saadiah, Cikgu Shahi, Cikgu Aziz Jamaluddin dan beberapa orang guru lagi yang pernah membantu kemunculan kumpulan Al-Fursan ke peringkat negeri dan kebangsaan. Detik permulaan kecemerlangan Al-Fursan bermula pada tahun 2000. Ketika itu pertandingan nasyid belum dipisahkan daripada Majlis Tadarus dan Sambutan Maal Hijrah Sekolah-sekolah Negeri Pahang. Nasyid adalah sebagai satu event pertandingan. Kami muncul dengan berpakaian baju Melayu pink dengan hiasan rosert di songkok dan berjaya menjadi Johan pertandingan peringkat negeri ketika itu.


(Kemenangan bersejarah di peringkat negeri kali pertama: Al-Fursan pada tahun 2000)

Asas kekuatan Fursan yang membezakannya dengan kumpulan nasyid lain adalah kekuatan latihan vokal yang amat menekankan soal keharmonian dan kemerduan. Pada waktu itu Sek. keb. Pianggu juga turut menonjolkan keharmonian di bawah pimpinan Cikgu Zulkifli (adik kepada penyanyi Pak Pandir). Kami berkenalan dan aku juga berkongsi pengalaman dengannya. Pada ketika itu kami menerima banyak jemputan termasuk majlis perasmian sebuah sekolah di Keratong oleh Tengku Abdullah. Pakaian awal kami berwarna biru muda...diambil berkonsep pakaian kungfu cina yang diubah suai..waktu itu kalau tak silap saudara Mahdi yang mula-mula pakai di asrama. Dan konsep itu berkekalan sampai tahun 2003.


(Aku pernah kena sergah dengan seorang pembesar di Majlis Pecah Tanah untuk pembinaan sekolah yang dihadiri oleh Tengku Mahkota Pahang ketika kami sedang bersedia untuk membuat persembahan pada tahun 1998- semuanya kerana warna baju ini..hmm..ntahlah..aku rasa warna ni menarik tu aje..)



Kami makin laris pada 2001 setelah berjaya dalam Pertandingan Nasyid Karnival Anti dadah di Kuantan Parade. Syarikat Rakaman berpusat di Pekan mula merisik. Aku menolak dengan menyatakan kepada anak-anak buah bahawa mereka tak akan ke mana..nasihat demi nasihat..dan mereka menerimanya walaupu En. Johan waktu itu insist untuk menarik perhatian beberapa solo utama aku. Aku bagi syarat kalau nak terima mesti terima semua..bukannya beberapa orang sahaja...sebenarnya aku sudah bincang dengan Ikbal...dan Pn. Zahrah. First time bertanding di Kebangsaan..sukar untuk diceritakan..waktu itu kami bertanding di Ipoh di Sekolah Menengah Agama Taayah...compete dengan semua negeri lain.


(Karnival Anti Dadah Kebangsaan di Kuala Lumpur tahun 2004)

Persembahan kami dipuji meskipun waktu itu negeri Perak main politik dengan keputusan pertandingan yang mengecewakan semua jurulatih pasukan lain. Bagaimana sebuah persembahan yang rosak dari segi teknikalnya boleh dinilai vokalnya sebagai baik..hampir satu lagu daripada dua lagu persembahan pasukan Perak rosak dengan vokal tidak kedengaran...hakim sudah dibeli... Namun kerana waktu itu, kami rasa amat berbangga kerana berjaya mewakili Pahang. Meskipun kami mendapat tempat keempat..kami rasa we deserve lebih lagi. Anyway for a beginner..it's ok.



(Al-Fursan tahun 2002: Trend pakaian kung fu yang diperkenalkan oleh Al-Fursan)


Semakin laris dan kami pernah dijemput membuat persembahan sempena Mesyuarat PKG Kebangsaan di Kediaman Menteri Besar Pahang. Banya lagi yang lain aku tak ingat semua... Kali kedua pasukan nasyid lepas ke peringkat kebangsaan tahun 2002. Kali ini yang paling aku kesal kerana aku sebagai jurulatih tidak dapat bersama anak buah di peringkat akhir..kerana mengikuti mesyuarat..aku terpaksa melepaskan pasukan pergi dengan berat hati..dan aku tahu anak buahku jua merasa amat berat tanpa guru mereka..namun aku dapat menyaksikan persembahan mereka kerena ianya divideokan oleh Shukri..not bad...but Melaka is better..kali ini pasukan SMKA Sharifah Rodziah dari Melaka memang menakjubkan dan aku sendiri no doubt atas kemenangan mereka...barulah bertanding namanya. Pertandingan tersebut berlangsung di Shah Alam. Peristiwa yang amat menyedihkan hatiku adalah kematian Naslim ketika belajar di matrikulasi Kuala Pilah..dia adalah bekas musician Fursan..accident dalam satu kemalangan. Aku terharu dengan berita itu...ayahnya datang dan memberikan wang sebanyak RM 250 sebagai sebahagian sumbangan terhadap Fursan kerana katanya, anaknya benar-benar sayangkan Al-Fursan..untuk pengetahuan semua, duit yang ayah Naslim bagi semuanya aku belikan buku-buku agama dan letakkan di surau.



(Kumpulan Al-Fursan tahun 2004-2005)

Biarlah allahyarham mendapat pahala apabila ada pelajar-pelajar di sini yang melakukan kebajikan hasil pembacaan. So now..aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada especially key person dalam Al-Fursan seperti Khairi Azim, Khairuddin Sharkawi, Nizam, Ridhwan, Syola dan lain-lain yang aku tak dapat nak mention semua kat sini. You all are the best..dan cikgu miss saat-saat kita berlatih tanpa jemu. Kekadang latihan sampai jam 1-2 malam..tapi you all very cooperative...sebab itulah kita berjaya...seperti yang selalu cikgu cakapkan cikgu bukan setakat nak kita menang dalam pertandingan..tetapi biarlah apa yang kamu pelajari dalam nasyid ini di bawa dalam menghadapi kehidupan seharian.


(Bergambar selepas pertandingan di hadapan Pejabat Agama Islam Pahang)

Hidup kena ada matlamat, matlamat mesti ada perancangan, perancangan mesti ada usaha, dan usaha mesti bertawakkal. Aku takkan jemu melatih nasyid yang sekarang sudah sampai ke tahap generasi ke 7 Fursan...mungkin kerana aku minat..mungkin kerana aku merasakannya sebagai penghibur lara melihat bebudak ni bersatu hati, mungkin juga kerana aku sayangkan bebudak ni semua. Ikbal sudah tidak mengajar di sini lagi..kalau dia ada sekurang-kurangnya kami akan lebih kuat. Pada generasi baru, ikutilah jejak langkah abang-abang kamu. Nak mencapai tahap keharmonian dalam latihan vokal bukannya mudah..sekarang latihan sekadar bila perlu..dahulu latihan sehingga dua tiga jam setiap minggu. Mereka punyai komitmen yang kukuh amat terhadap Fursan. Cikgu tak perlu membebel suruh mengikuti perkembangan lagu nasyid terbaru..dengan liriknya sekali. Disiplin dalam nasyid amat penting. Dan disiplin itu jugalah yang cikgu mahu kamu bawa dalam kehidupan seharian. Ketahuilah..anak-anak muridku, Dalam hatiku, walau dimana juapun berada, masih ada sebahagian yang tinggal untuk Al-Fursan... Kalian banyak mengajarku tentang erti kehidupan....dan hubungan intim guru-pelajar.


(Bergambar selepas sesi lawatan ke Istana Pahang ketika menjuarai Pertandingan Nasyid Karnival Anti Dadah 2004 di Pekan, Pahang)